Templat:Infobox manhwaSolo Leveling (tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris, tajuk asal dalam
Bahasa Korea: 나 혼자만 레벨업, translit. Na Honjaman Level Up,
lit. '"Hanya Saya Sendiri yang Naik Tahap"') adalah
novel berbahasa Korea asal
Korea Selatan dikaryakan oleh Chugong. Novel ini awalnya diterbitkan dalam bentuk dalam talian di laman khidmat komik dan cereka digital
KakaoPage milik syarikat
Kakao pada tanggal 25 Julai 2016. Setelah itu, novel ini dibukucetakkan dalam bentuk
novel ringan oleh D&C Media di bawah
label dagang Papyrus pada tanggal 4 November 2016. Novel ini kemudian dilisensikan dalam bentuk novel web
berbahasa Inggeris dengan judul Only I Level Up dalam format novel sesawang dan dalam bentuk novel cetak berbahasa Inggris oleh penerbit Yen On.Novel ini diadaptasikan ke dalam
bentuk komik berbahasa Korea dengan judul yang sama dan diilustrasikan oleh Dubu (nama asli: Jang Sung-rak; 장성락, Jang Seong-rak) dengan saduran oleh h-goon (nama asli: Hyun Goon; 현군, Hyeon Gun); manhwa ini pertama kali diterbitkan secara
dalam talian di
KakaoPage pada 4 Mac 2018. Musim pertama edaran manhwa ini berakhir pada tanggal 19 Mac 2020, sementara musim keduanya mula terbit pada tanggal 1 Ogos 2020. Manhwa ini tamat kemaskini ceritanya pada tanggal 29 Disember 2021 dengan berjumlah 179 buah bab keseluruhannya; setiap bab ini kemudian diterbitkan secara cetak oleh D&C Media menjadi tiga jilid pada bulan Julai 2020.
Permainan video berdasarkan novel tersebut saat ini sedang dikembangkan oleh syarikat
Netmarble Corp. Adaptasi dramanya juga sedang dihasilkan pada ketika ini.
[1] Pada 3 Julai 2022, sebuah adaptasi
anime berbentuk siri televisyen dihasilkan
A-1 Pictures diarahkan Shunsuke Nakashige dengan skrip nukilan Noboru Kimura, reka watak oleh Tomoko Sudo dan muzik gubahan
Hiroyuki Sawano diumumkan
Crunchyroll semasa acara
Anime Expo 2022 yang diadakan di
Los Angeles,
California, Amerika Syarikat; adaptasi ini bakal dikeluarkan pada tahun 2023.
[2]